My Add

Monday 8 October 2012

Permohonan BR1M 2.0 dibuka mulai 1 November ini

 PUTRAJAYA, ISNIN, 08 Oktober, 2012: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang mulai 1 November ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata borang permohonan boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri dan pejabat daerah.
Katanya, bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun depan. - BH

No comments:

Post a Comment