My Add

Tuesday 9 October 2012

Perolehan MSC meningkat kepada RM30 bilion - PM

PUTRAJAYA, SELASA, 09 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MSC Malaysia mencatatkan perolehan terbaik pernah dicatatkannya kepada lebih RM30 bilion pada tahun lepas.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu juga mencatatkan peningkatan eksport sembilan peratus kepada RM10 bilion serta menyumbang lebih RM9 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Di segi pewujudan pekerjaan, katanya pada tahun lepas, MSC Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.0 peratus berbanding 2010, yang menjadikan keseluruhannya bilangan kerja yang diwujudkan sehingga ini kepada 119,138.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment