My Add

Tuesday 9 October 2012

Program 1Azam terima 90,403 penyertaan sehingga Ogos

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin), yang dilancarkan pada 2010 untuk meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah termasuk membantu mereka memulakan perniagaan, telah menarik penyertaan 90,403 orang sehingga Ogos lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyertaan daripada pelbagai kaum dan agama itu menampakkan keberkesanan program itu selaras dengan usaha kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

"1Azam adalah program peningkatan pendapatan yang mencakupi semua elemen iaitu memberikan bantuan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran, menjalankan pemantauan intensif seterusnya memastikan peserta-peserta berjaya meningkatkan pendapatan keluarga," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abd Rahman ingin tahu sama ada kerajaan ada menimbang pendekatan baru dalam membasmi kemiskinan di dalam negara.

Najib yang memangku jawatanMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkatapendekatan "kebajikan produktif" sama seperti program 1Azam akan terus dipertingkatkan dalam usaha membantu golongan itu melepasi pendapatan garis kemiskinan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment