My Add

Saturday 6 October 2012

Pertukaran Mohamad Roslan proses biasa - Ali Hamsa

PETALING JAYA 6 Okt. - Arahan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa Isnin lalu merupakan proses biasa yang berlaku kepada pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, ini kerana Mohamad Roslan masih berkhidmat di dalam negeri Selangor dan pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat.

"Pertukaran pegawai persekutuan berlaku dalam negeri sama ada dari negeri-negeri tertentu ke jabatan persekutuan atau pertukaran di dalam negeri berkenaan sahaja, ini perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ 2012 di sini hari ini.

Ali mengulas kenyataan pihak tertentu yang mengatakan beliau membelakangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya itu.

Media pada Rabu turut melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju untuk menangguhkan selama sebulan pertukaran Mohamad Roslan ke jawatan barunya bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment