My Add

Saturday 6 October 2012

Najib harap dapat mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Bercakap dalam satu temu bual dengan "CNBC Conversation" yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) hari ini, Najib berkata tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara.

"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.

"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment