My Add

Sunday 21 October 2012

Piala Malaysia: Kelantan juara kalahkan ATM 3-2

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kelantan mencatat sejarah dengan muncul pemenang tiga gelaran musim 2012, setelah menewaskan Angkatan Tentera 3-2, selepas berentap dalam masa tambahan perlawanan akhir untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua, di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

Juara Piala FA dan Liga Super serta Piala Malaysia 2010 itu melengkapkan koleksi tersebut dengan dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin manakala lawan merapatkan jurang menerusi Rezal Zambery Yahya dan Marlon Alex James. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment