My Add

Wednesday 3 October 2012

PLUS perkenal MR1M untuk pengguna lebuh raya

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Orang ramai kini boleh menikmati tawaran pakej hidangan tengah hari semurah RM3.50 di bawah inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Sejumlah 100 MR1M disediakan di 50 gerai makanan terpilih di R&R dan hentian sebelah di lebuh raya PLUS mulai 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan, kata PLUS Malaysia Bhd dalam kenyataan. 

Ia berkata, gerai yang mengambil bahagian dalam program MR1M boleh dikenal pasti menerusi sepanduk dan poster khas yang dipaparkan di gerai terbabit.

Kenyataan itu memberikan contoh pakej nasi, ayam goreng dan sayur ditawarkan pada harga RM3.50 berbanding kira-kira RM5 pada kadar biasa.

Selain makan tengah hari, MR1M turut meliputi pakej sarapan pagi di gerai terpilih.

Program MR1M dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah antara langkah PLUS membantu menjimatkan perbelanjaan orang ramai di rangkaian lebuh rayanya, kata syarikat itu.

"Ia juga bertujuan membantu mempromosikan sajian tempatan kepada orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya," tambahnya.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment