My Add

Wednesday 24 October 2012

PM akan pengerusi Mesyuarat Kedua GSIAC

KUALA LUMPUR.: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Inter Sessional Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) yang akan diadakan di Dewan Parlimen di sini pada 1 November ini. 

Mesyuarat itu akan mengetengahkan inisiatif baharu untuk membangunkan ekosistem keselamatan makanan dan pemakanan sains bagi Malaysia untuk diperbincangkan. 
Satu lagi agenda penting ialah pembangunan model metropolis pintar di Iskandar Malaysia. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (Might), Mohd Yusoff Sulaiman, berkata, "GSIAC adalah ilham Perdana Menteri sebagai platform untuk mengukuhkan rantaian nilai sains dan inovasi Malaysia." 

"Kehadiran ahli-ahli majlis, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pemikiran global pelbagai latar belakang, akan memberi input dan pandangan yang unik dalam usaha membangunkan masa depan yang mampan bagi Malaysia." 

Might adalah sekretariat bersama GSIAC. 

Bersempena mesyuarat majlis itu, Might akan memperkenalkan bekas angkasawan Nasa, Dr Daniel T. Barry, yang akan berada di Malaysia dari 28 Oktober hingga 3 November, 2012 sebagai sebahagian daripada usaha pembelajaran dari buaian ke kerjaya (C2C) untuk membangunkan minat generasi muda ke arah bidang Sains. 
C2C dilancarkan semasa mesyuarat GSIAC pada Mei 2012. 

Mesyuarat Kedua Inter Sessional GSIAC ini dianjurkan oleh Urus Setia Bersama GSIAC, Might dan New York Academy of Sciences (NYAS). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment