My Add

Wednesday 24 October 2012

Air France terbang ke Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Oktober, 2012:: Air France akan beroperasi tiga kali seminggu dari Kuala Lumpur (KL) ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle mulai 22 April, 2013.

Dalam kenyataan hari ini, Air France berkata KL ialah destinasi ke-15 di Asia.
"Boeing 777-200 dengan jumlah kapasiti 247 tempat duduk, akan digunakan untuk destinasi itu. Perkhidmatan baru ini ialah tambahan kepada 205 penerbangan seminggu antara Paris, Amsterdam dan Asia oleh Air France dan KLM," katanya.

Ia berkata, tempahan tiket akan dibuka pada 9 November 2012.

Pengurus Negara Air France-KLM bagi Malaysia, Estee Ng, berkata dagangan asing Malaysia yang dinamik, sokongan kukuh kerajaan dalam pembangunan ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang pesat serta popularitinya sebagai destinasi pelancongan, menarik minat Air France untuk menambah KL dalam destinasinya.

Bergabung dengan penerbangan KLM, Kumpulan Air France KLM menawarkan 17 penerbangan seminggu dari Malaysia ke Eropah, tujuh daripadanya dengan rakan perkongsian kod KLM, Malaysia Airlines dari KL ke Amsterdam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment