My Add

Thursday 18 October 2012

PM: Bina pusat aktiviti warga emas di kawasan perumahan

 *NAJIB dan Rosmah Mansor bersalaman dengan sebahagian daripada warga emas
ketika hadir pada sambutan Hari Warga Emas 2012 di Seri Kembangan, semalam
 - BERNAMA
KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan pemaju perumahan membina pusat aktiviti warga emas di setiap projek perumahan baharu supaya golongan itu dapat melakukan aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat khususnya rakan sebaya.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memulakan langkah menggunakan 45 dewan di bawah kelolaan kementerian tersebut di seluruh negara sebagai pusat aktiviti warga emas.

"Pusat ini menyediakan kemudahan kepada warga emas termasuk yang tinggal bersendirian dan kesunyian menjalankan aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat yang lain atau rakan sebaya," katanya.

Najib yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berucap merasmikan sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2012 dengan tema 'Warga Emas Produktif: Melakar Masa Depan' di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Sementara itu, kata Najib, kerajaan telah menaikkan had umur persaraan pekerja awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun bermula tahun ini serta penetapan umur persaraan minimum pekerja swasta mengambil kira peranan warga emas dalam pembangunan negara.

Menurutnya, warga emas juga digalakkan menceburi sektor koperasi dan kerajaan menawarkan geran automatik sebanyak RM30,000 berdasarkan projek koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pada masa sama, Najib memberitahu, koperasi juga diberi keistimewaan membuat pinjaman sebanyak RM50,000 sekali gus menjadikan koperasi mempunyai dana bagi menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.

Katanya, semua kemudahan itu merupakan sebahagian usaha kerajaan menghadapi status negara tua yang diunjurkan pada 2030 apabila jumlah warga emas berada di tahap 15 peratus daripada populasi negara. - UTUSAN 
 

No comments:

Post a Comment