My Add

Thursday 18 October 2012

Pos tingkat niaga bukan mel

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Pos Malaysia Bhd. merancang untuk mengimbangi nisbah perniagaan mel dan bukan mel yang ketika ini berada pada paras 60:40.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata, sasaran tersebut dijangka mampu dicapai dengan pelancaran beberapa produk bukan mel tahun ini.

Katanya, bagi tahun kewangan lalu, syarikat tersebut mendapat perolehan berjumlah kira-kira RM800 juta daripada perniagaan mel dan RM450 juta bagi perniagaan bukan mel.

"Perancangan tersebut termasuk dalam Pelan Lima Tahun Pos Malaysia dan kami yakin mampu mencapainya dengan memperkenalkan pelbagai produk baharu, " katanya semasa sidang akhbar selepas pelancaran Takaful Flexi PA dan pelan Takaful Pemandu dan Penumpang Kenderaan Persendirian di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment