My Add

Sunday 21 October 2012

Polis KL tubuh unit perhubungan antarabangsa

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Oktober, 2012: Polis Kuala Lumpur akan menubuhkan Unit Perhubungan Antarabangsa (ILU) bagi memudahkan warga negara asing yang menetap di sini serta pelancong untuk berinteraksi dengan pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, unit tersebut akan ditubuhkan dalam masa terdekat selaras dengan hasrat menjadikan Polis Kuala Lumpur sebagai polis bertaraf dunia. 

"Penubuhan Unit itu dilakukan selepas mendapat persetujuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan kita akan kalangan pegawai sama ada berpangkat Superintendan atau 'Deputy Superintendent of Police' (DSP) bagi menganggotai unit itu," katanya selepas majlis pelancaran buku Panduan Mencegah Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang dipilih perlu boleh menguasai pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi dengan rakyat asing.

Mengulas buku itu, Mohmad berkata, ia mengandungi panduan serta langkah keselamatan ketika menghadapi penjenayah sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

Terdahulu, Mohamad serta beberapa pegawai kanan polis membuat tinjauan mesra di pasar pagi Alam Damai, Cheras dan mengedarkan buku panduan tersebut kepada orang ramai dan penduduk setempat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment