My Add

Friday 19 October 2012

Polis lancar gerakan buru empat penjenayah libat kes samun

KOTA BHARU, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Polis melancarkan gerakan memburu empat lelaki yang terlibat dengan kes samun dan melepaskan tembakan di Kampung Pantai Sabak di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, dua daripada empat lelaki terbabit berpura-pura hendak membeli minuman di sebuah kedai runcit sebelum cuba meragut gelang tangan pemilik premis itu.

Ketika insiden berlaku, mangsa, Fatimah Hussin, 50, berada di meja kaunter kedainya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek bagaimanapun dikatakan gagal melarikan gelang tangan mangsa selepas tercicir apabila anak lelaki mangsa bergegas keluar sejurus mendengar jeritan ibunya.

Beliau berkata, sebaik sahaja keluar, salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi yang berada tidak jauh dari situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment