My Add

Friday 19 October 2012

Dadah: Seorang wanita, 3 lelaki diberkas

PULAU PINANG, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Polis menahan empat suspek, termasuk seorang wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah serta merampas sejumlah dadah dan 111 butir peluru dalam serbuan di sebuah flat di Bandar Air Itam di sini pada Khamis lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia 37 hingga 40-an itu dipercayai turut mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini.

Serbuan pada pukul 5.30 petang tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk memecah pintu pagar kediaman berkenaan menggunakan pemotong besi berikutan suspek enggan memberi kerjasama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment