My Add

Saturday 20 October 2012

Polis minta wang RM18,000 ditahan

IPOH, JUMAAT, 19 Oktober, 2012:: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan meminta wang perlindungan daripada seorang ahli perniagaan.

Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dikatakan meminta wang berjumlah RM18,000 daripada ahli perniagaan terbabit.
Pegawai berusia 45 tahun itu ditahan oleh SPRM di sebuah restoran di sini, kelmarin.

Semalam, Pendaftar Mahkamah Sesyen, Puteri Nordina Kamalaudin, membenarkan permohonan SPRM menahan reman suspek selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu. - BH

No comments:

Post a Comment