My Add

Saturday 20 October 2012

Tabika dimasuki pencuri 7 kali

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Bandar Country Homes Rawang dekat sini, terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas tujuh kali premis itu dipecah masuk pencuri sejak 2005.

Dalam kejadian semalam, Tabika Kemas Happy Kids itu sekali lagi dipecah masuk mengakibatkan kerugian RM5,000 apabila komputer dan pencetak dilarikan perompak.

Lebih malang, makanan dan hadiah untuk majlis konvokesyen murid-murid pada bulan depan turut dicuri penjenayah.

Guru tabika itu, Siti Hajar Salam, 43, berkata, beliau terkejut apabila kejadian pecah masuk itu terjadi lagi setelah yang terakhir berlaku pada pertengahan tahun lalu.

"Kejadian disedari dua guru yang datang untuk bekerja 7.20 pagi ini dan terkejut melihat pintu utama terbuka serta bahagian dalam tabika berselerak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment