Projek bersih, indahkan Sungai Segget bermula
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Projek membersih dan mengindahkan Sungai Segget di sini yang membabitkan kos RM270 juta telah bermula dan dijadual siap dalam tempoh 24 bulan.
Projek yang digambar bakal menukar pemandangan sekitar Sungai Segget menjadi ”Little Venice” itu kini pada peringkat kerja bukan fizikal, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.
Kerja yang dijalankan sekarang antara lain meliputi proses pengambilan tanah serta pengukuran dan penetapan reka bentuk kejuruteraan bagi iklan tender untuk fasa pertama projek, katanya.
"Kerja-kerja pembongkahan Sungai Segget akan dilakukan dalam masa terdekat.
Kita telahpun menerima peruntukan awal daripada kerajaan persekutuan (untuk projek Sungai Segget),” katanya kepada pemberita sempena Hari Terbuka Pelan Transformasi Johor Baharu di sini hari ini.
Projek itu yang dimasukkan di bawah Pelan Transformasi Johor Baharu bertujuan memulihkan semula Sungai Segget yang merupakan antara sungai terkotor di Malaysia.
Bagaimanapun, menerusi projek pengindahan bernilai RM6 juta yang dilaksanakan kerajaan negeri beberapa tahun lepas, sungai itu yang mengalir di tengah-tengah bandar raya ini ditutup daripada pandangan orang ramai. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment