My Add

Friday 12 October 2012

Lelaki suspek larikan Porsche ditahan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat melarikan sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera dari bilik pameran di No 207, Jalan Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP, Zainuddin Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang, Selangor, kira-kira 3 pagi tadi.

Beliau berkata, bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas berharga lebih RM900,000 itu tidak ditemui bersama suspek semasa ditahan.

"Kita percaya kereta mewah bernilai hampir sejuta ringgit itu telah diserahkan kepada pihak kedua,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Zainuddin berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan polis sedang menyiasat kemungkinan kejadian itu melibatkan sindiket.

Berdasarkan rekod, pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan selebihnya adalah kes berkaitan dengan dadah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment