My Add

Wednesday 17 October 2012

PUNB tidak mohon pinjaman

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tidak akan memohon pinjaman atau dana daripada kerajaan mulai tahun ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, PUNB kini mempunyai aset bernilai lebih RM1.5 bilion dan berupaya menggunakan sumber tersebut untuk terus berdaya saing dan mencatat keuntungan.

“Semenjak 1992, PUNB telah menerima pinjaman sejumlah RM800 juta dan kami akan membayar balik pinjaman-pinjaman itu kepada kerajaan secara berperingkat hingga tahun 2028.

“PUNB tidak patut bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Selepas saya mengambil alih jawatan pengerusi, saya fikir PUNB boleh menggunakan sumber yang ada," katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012 di sini hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, bagaimanapun, pihaknya masih terbuka untuk menerima geran daripada kerajaan bagi tujuan dan inisiatif khas dalam usaha meningkatkan tahap keusahawanan Bumiputera di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment