My Add

Thursday 11 October 2012

Rakyat Malaysia jalani hukuman parol akan dihantar pulang

MELBOURNE, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Seorang rakyat Malaysia yang disabitkan kesalahan membunuh pakar bedah jantung Victor Chang akan dibebaskan dengan menjalani hukuman parol selepas Mahkamah Agung menolak permohonan Peguam Besar New South Wales Greg Smith supaya hukuman penjara terhadapnya diteruskan.

Liew Chiew Seng, yang melepaskan dua das tembakan terhadap Dr Chang dalam satu cubaan peras ugut pada 1991, diperintah menjalani hukuman parol oleh Pihak Berkuasa Parol Negeri bulan lalu.
Keputusan menghantar pulang Liew ke Malaysia mendapat bantahan segera daripada Smith.

Dalam hujah mereka, peguam yang mewakili Smith berkata keputusan itu bermakna Liew tidak perlu menghabiskan baki hukuman lima tahun penjara yang sepatutnya dijalaninya memandangkan dia tidak akan dikenakan sebarang pengawasan apabila berada di Malaysia.

Liew, 69, menghidap penyakit Parkinson dan pihak berkuasa parol dimaklumkan awal bulan ini bahawa sekiranya ditangguh lebih lama, keadaan kesihatan banduan ini mungkin tidak mengizinkannya membuat perjalanan jauh untuk ke Malaysia.

Liew merengkok di penjara Long Bay, Sydney satu tahun lebih lama daripada hukuman penjara minimum 20 tahun yang perlu dijalaninya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment