My Add

Thursday, 11 October 2012

Armstrong terbabit dalam konspirasi dadah terbesar sukan: USDA

Lance Armstron
WASHINGTON, KHMIS, 11 Oktober, 2012: Lance Armstrong kini menjadi tumpuan dalam konspirasi dadah terbesar dalam sejarah sukan apabila beliau memenangi tujuh kejuaraan berturut-turut jelajah berprestij, Tour de France, demikian menurut laporan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) hari ini. 

USADA menyerahkan laporan itu kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) berhubung keputusan penggantungan seumur hidup yang dikenakan ke atas Armstrong, Ogos lalu.
Laporan itu mengandungi lebih 1,000 muka surat mengenai bukti terhadap penyiasatan penggunaan dadah dalam sukan berbasikal.

“Lance Armstrong tidak saja menggunakan dadah meningkatkan prestasi untuk dirinya. Dia membekalkannya kepada rakan sepasukan," kata laporan itu.

“Dia bukan saja sebahagian daripada budaya dadah dalam pasukannya tapi dia mengguna dan mempergunakannya."

Bukti itu termasuk kenyataan dari 11 rakan pasukan Armstrong dalam skuad US Postal, pakar yang mengesan perubahan darah Armstrong disebabkan penggunaan dadah, dokumen menunjukkan bayaran yang dijejaskan kepada Doktor Michele Ferrari.

“Bahan bukti daripada pasukan US Postal Service Pro Cycling amat mengejutkan,: kata Ketua Eksekutif USADA, Travis T. Tygart. 

“Banyak bukti yang tidak meragukan lagi menunjukkan pasukan US Postal Service Pro Cycling Team bagaimana program penggunaan dadah secara profesional, terancang dan berkesan yang tidak pernah diketahui selama ini.

Selain kenyataan saksi, bukti turut membabitkan pengesanan dadah dari darah bekas rakan sepasukan Armstrong, iaitu Tyler Hamilton dan Floyd Landis yang mengakui menipu dalam ujian doping serta pengakuan George Hincapie, sealam bahawa dia mengambil dadah meningkatkan daya prestasi.

Selain itu, bekas rakan Armstrong yang memberi kenyataan ialah Frankie Andreu, Michael Barry, Tom Danielson, Levi Leipheimer, Stephen Swart, Christian Vande Velde, Jonathan Vaughters dan David Zabriskie. - AFP

No comments:

Post a Comment