My Add

Wednesday 3 October 2012

Rampas tanah YBK tidak sah

Oleh MARZITA ABDULLAH dan SITI NOORALINA AHMAD
SHAH ALAM, SELASA, 02 Oktober, 2012: Kerajaan negeri Selangor hari ini menerima tamparan apabila Mahkamah Tinggi di sini membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn. Bhd. (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Hakim Hadariah Syed Ismail membenarkan rayuan itu dengan kos RM20,000 selepas mendapati tindakan kerajaan negeri Selangor melucutkan hak ke atas empat blok tanah di Serendah, Rawang dan mengembalikan semula bayaran cukai kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah salah di sisi undang-undang dan terbatal.

Dalam rayuan tersebut, PYBK yang merupakan anak syarikat YBK, diwakili oleh peguam-peguam, Hasnal Rezua Merican dan Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor diwakili oleh peguam Edmund Bon. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment