My Add

Thursday 4 October 2012

RM543 juta dimanfaat untuk laksana 45 projek PPR

GUA MUSANG, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan tambahan sebanyak RM543 juta bagi membina 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Chor Chee Heung berkata projek meliputi pembinaan 20,454 unit rumah kos rendah mampu milik bagi penduduk yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya peruntukan itu yang terbesar diluluskan kerajaan bagi menangani isu kediaman rakyat berpendapatan rendah turut membabitkan pembinaan satu projek PPR di Kelantan, namun kawasannya belum dikenal pasti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment