My Add

Thursday 4 October 2012

Belok kiri walaupun lampu isyarat merah di 6 simpang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Pengguna jalan raya di enam persimpangan utama di ibu negara kini dibenarkan membelok ke kiri biarpun lampu isyarat masih belum bertukar hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, lokasi tersebut adalah persimpangan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja ke Jalan Parlimen.

''Persimpangan lain termasuklah dari Jalan Raja Abdullah ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Semarak ke Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz ke Jalan Tuanku Abdul Rahman,'' katanya.

Bagaimanapun ujar Ahmad Phesal, pengguna di lorong paling kiri hanya dibenarkan berbuat demikian selepas memastikan tiada kenderaan dari arah kanan dan tiada pejalan kaki yang melintas.

''DBKL melaksanakan perkara ini dengan menggunakan garis panduan daripada Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sebagai salah satu kaedah pengurusan lalulintas di laluan utama,'' katanya pada majlis pelancaran 'Authorised Left Turn' di Jalan Raja hari ini.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment