My Add

Thursday 11 October 2012

Saksi disoal siasat di aras bawah bangunan: SPRM
  
KUANTAN, KHAMIS, 11 Oktober, 2012:: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengendalikan semua prosedur menyoal siasat saksi atau pemberi maklumat di aras bawah bangunan pejabat miliknya untuk mengelak kejadian kematian saksi semasa proses siasatan di pejabat SPRM.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaaffar, berkata siasatan akan dijalankan di bilik khas dilengkapi rakaman video.

"Kita mahu semua pihak puas hati.. kita buktikan SPRM lakukan siasatan secara telus. Dalam bilik temu bual bervideo, setiap rakaman kenyataan saksi atau pemberi maklumat atau suspek akan dibuat tiga salinan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kompleks pejabat SPRM Pahang, di sini, hari ini.

Keputusan menyoal siasat saksi di aras bawah bangunan SPRM dibuat bagi memulihkan imej dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap profesionalisme pegawai dan anggota SPRM yang menjalankan siasatan sesuatu kes.

Zakaria berkata, tiga salinan hasil soal siasat itu ialah bagi simpanan saksi, pegawai penyiasat dan sebagai dokumen yang akan dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini dilaporkan, antara saksi yang maut semasa dalam siasatan SPRM ialah Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, pada 6 April 2011.

Seorang lagi saksi, Teo Beng Hock Teoh, 30, setiausaha politik kepada seorang Exco Kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, selepas diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment