My Add

Thursday 11 October 2012

Tiada elemen rasuah kaitkan dana kepada Musa Aman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Oktober, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia tidak terbabit dalam dakwaan rasuah membabitkan lesen balak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkata, Jabatan Peguam Negara sudah meneliti keterangan SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri dan bukan untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan bertulis Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua meminta Perdana Menteri menyatakan apakah sebab pendakwa raya sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap Musa dan Chia selepas siasatan sudah selesai oleh SPRM dan kes turut difailkan di Mahkamah Switzerland.

Nazri juga berkata, pada masa itu kes turut disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong dan kesimpulan yang sama diperolehi.

"ICAC juga tidak mengambil tindakan lanjut," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa Tian Chua mengaitkan Musa dengan Chia.
Pada 14 April lalu, Musa menafikan mempunyai hubungan dengan Chia yang ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup S$16 juta (RM40
juta) ke Malaysia pada 2008.

Musa menafikan dakwaan rasuah mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta di negeri berkenaan. - BH

No comments:

Post a Comment