My Add

Monday 22 October 2012

Sampah di Sepang dibuang dekat kolam air
 *PENDUDUK Kampung Jenderam Hilir menunjukkan kawasan pembuangan sampah haram yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab di kampung itu di Sepang, semalam.
SEPANG, AHAD, 21 Oktober, 2012: Bukan satu tetapi empat kawasan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil di sini, menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila dijadikan lokasi pembuangan sampah secara haram sejak setahun lalu.

Lebih menjijikkan salah satu lokasi pembuangan sampah itu terletak hanya beberapa meter dari kolam tadahan air milik Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass), anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang menyalurkan air ke sekitar kawasan Sepang dan Putrajaya.

Malangnya, masalah itu bukan sahaja tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) malah pejabat Menteri Besar turut memandang sepi aduan penduduk. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment