My Add

Friday 19 October 2012

Shahrizat cabar Anwar

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menemukan Datuk S. Nallakaruppan dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan dua peguam Perancis yang bakal dibawanya ke Malaysia supaya kegiatan sambilan beliau turut dimasukkan dalam agenda pertemuan tersebut.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika Anwar berpendapat pertemuan dua peguam asing itu dengan ahli-ahli Parlimen negara penting, pertemuan bersama Nallakaruppan dan Wan Azizah juga mustahak.

"Kalau Anwar sanggup jemput orang luar datang bagi membincangkan isu hal ehwal negara, jadi di kesempatan ini Wanita UMNO juga menggesa Nallakaruppan dan Wan Azizah diberi peluang berjumpa dua peguam berkenaan.

"Selain bincang isu dalam negara, dua peguam itu juga patut mengetahui dan mendapat maklumat mengenai kegiatan sambilan Anwar," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment