My Add

Friday 19 October 2012

DAP mahu pujuk Bah Tony

IPOH, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini mengesahkan menerima surat keluar parti daripada bekas Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Amani William-Hunt Abdullah yang lebih dikenali sebagai Bah Tony.

Menurut Koo Ham, Bah Tony sudah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan parti itu sejak beberapa bulan lalu sebelum menghantar surat keluar parti secara rasmi 11 hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih cuba berunding supaya Bah Tony menarik balik keputusannya itu.

“Selepas beliau serah surat itu pun, saya ada berbincang dengannya. Bah Tony juga ada berjumpa dan beritahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa beliau tiada apa-apa pergaduhan dengan saya atau parti. Beliau keluar atas sebab-sebab peribadi.

“Kita masih memujuk dan memohon supaya beliau mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti. Kita sedang menunggu keputusan beliau. Walau apa pun keputusan beliau, kita akan terus bekerjasama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment