My Add

Thursday 25 October 2012

Sindiket curi diesel subsidi tumpas

*DUA anggota Penguat Kuasa PPDNKK Selangor membuat pemeriksaan pemindahan minyak diesel subsidi secara haram dalam satu serbuan di sebuah gudang di Seksyen 33 Shah Alam, semalam.

Oleh FATIN AINAA FAUDZI
SHAH ALAM, RABU, 24 Oktober, 2012: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPNKK) negeri menumpaskan sindiket mencuri diesel bersubsidi yang beroperasi sejak lima bulan lalu dan meraih keuntungan sehingga RM5 juta.

Pengarah Penguat Kuasanya, Othman Nawang berkata, dalam serbuan semalam, pihaknya turut menyelamatkan sebanyak 18,000 liter diesel subsidi daripada dijual sindiket itu yang beroperasi di sebuah gudang di Seksyen 33 di sini.

"Bertindak hasil maklumat awam, operasi yang bermula pukul 2.30 petang berjaya merampas dua tangki diesel yang disimpan dalam sebuah gudang kosong," katanya. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment