My Add

Wednesday 17 October 2012

Sistem AES di Kelantan tahun depan

KOTA BHARU, RABU, 17 Oktober, 2012: — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperkenalkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES), bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik, pada tahun depan.

Pengarah JPJ Negeri, Abdul Ghani Che Kassim berkata, JPJ telah mengenal pasti 50 tempat kawasan strategik di negeri ini untuk dipasang kamera litar tertutup di bawah sistem AES.

Kerja pemasangan alat kamera litar tertutup itu telah diserahkan kepada sebuah syarikat konsesi, katanya kepada pemberita pada majlis Hari Penguatkuasaan JPJ Kelantan di sini, hari ini.

Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 7,802 pemilik kenderaan telah diambil tindakan manakala pada tahun ini sebanyak 18,728 pemilik kenderaan diambil tindakan setakat ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment