My Add

Monday 8 October 2012

SPRM perlu tegas, profesional siasat kes rasuah tanpa diskriminasi

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Oktober, 2012: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull digesa lebih tegas menyatakan pendirian suruhanjaya itu dalam menangani kes rasuah tanpa memilih bulu.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, SPRM perlu profesional menyiasat kes rasuah yang dilaporkan kepada mereka dan tidak hanya bertindak cepat sekiranya membabitkan pemimpin kerajaan sahaja.

Katanya, SPRM adalah harapan rakyat untuk menegakkan keadilan dan jangan menjadi seperti pembangkang yang sentiasa hipokrit dalam kes melibatkan mereka.

"Saya menghargai usaha Datuk Mohd. Shukri menyiasat kes pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) di Selangor tetapi mengharapkan ia tidak menjadi satu gimik yang hanya membuang masa. Jangan nanti, akhirnya keluar kenyataan 'klise' mengatakan bukti tidak mencukupi atau tidak sahih untuk pendakwaan," ujar beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment