My Add

Tuesday 23 October 2012

Suri rumah, bayi baru lahir ditemui mati

KULIM, SELASA, 23 Oktober, 2012: Seorang suri rumah dan seorang bayi baru lahir ditemui mati dalam bilik utama dan bilik air sebuah rumah teres di Taman Kekwa di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, polis mendapat maklumat yang membawa penemuan dua mayat itu kira-kira pukul 2.30 petang daripada seorang jiran mangsa yang dikatakan hairan kerana mangsa tidak keluar dari rumah dan mengambil anak-anaknya di sekolah seperti biasa.

"Jiran tersebut memaklumkan kepada polis yang kemudian pergi ke rumah berkenaan dan mendapati mayat seorang perempuan yang dikenali sebagai Shaniza Idris, 27, berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama sementara mayat seorang bayi yang baru dilahirkan pula ditemui dalm bilik air rumah tersebut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa adalah isteri kepada seorang konstabel sokongan yang bertugas di Balai Polis Kulim dan ketika kejadian sedang berkursus di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Ghuzlan berkata, kematian mangsa pada awalnya dipercayai akibat keguguran tetapi dalam siasatan polis mendapati bahawa tiada sebarang rekod daripada Klinik Kesihatan dan sebagainya yang ditemui mengesahkan bahawa mangsa sedang mengandung.

Katanya, mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, yang sedang dijalankan pakar forensik dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan mungkin keputusannya akan dapat diketahui lewat petang ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment