My Add

Wednesday 17 October 2012

Syria tolak gencatan senjata ketika Aidiladha

BEIRUT, RABU, 17 Oktober, 2012: Kerajaan Syria hari ini berkata, gesaan wakil antarabangsa supaya diadakan gencatan senjata sempena sambutan Aidiladha adalah tidak berasas kerana pemberontak tidak mempunyai pemimpin yang bersatu.

Wakil antarabangsa, Lakhdar Brahimi sebelum ini meminta pegawai Iran membantu mewujudkan rundingan ke arah pelan gencatan senjata itu ketika umat Islam bercuti bagi menyambut Aidiladha, minggu depan.

Akhbar Al-Thawra hari ini melaporkan bahawa, halangan terbesar untuk melaksanakan pelan gencatan senjata itu ialah kurangnya pihak yang mempunyai kuasa di kalangan pemberontak untuk menandatangani perjanjian itu.

"Pihak yang ingin menjatuhkan rejim Presiden Bashar Assad tidak bersatu dalam kepemimpinan mereka dan kebanyakan mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain," kata laporan itu.

Brahimi yang mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab tiba di Beirut, hari ini untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Lubnan bagi menangani krisis Syria yang kini sudah berlarutan 19 bulan dengan 33,000 nyawa terkorban. - AP

No comments:

Post a Comment