My Add

Monday 15 October 2012

Tabung Haji bersedia untuk hari Wukuf pada 25 okt ini

MAKKAH, AHAD, 14 Oktober, 2012: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin jemaah Malaysia mampu menjalani hari Wukuf dengan lancar pada 25 Oktober ini (9 Zulhijjah).

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, walaupun terdapat beberapa perubahan di kawasan melontar jamrah dan pembinaan terowong baru di Mina, namun Tabung Haji sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk perkembangan terkini.

Beliau juga bertemu pihak berkuasa haji Arab Saudi bagi membincangkan keperluan jemaah Malaysia pada hari Wukuf terutama berkaitan kelancaran sistem pengangkutan dan perkhemahan.

"Dalam pertemuan itu, kita sudah mendapat waktu yang sesuai untuk membuat lontaran jamrah. Kita diberikan kebenaran melontar pada waktu malam selepas Isyak pada 10 Zulhijjah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment