My Add

Wednesday 17 October 2012

TAWAS tidak cekap - Ketua Audit

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Kewujudan program ikon pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah mencurigakan dan penubuhannya didapati tidak mencapai matlamat.

Menurut Laporan Audit Negara 2011, skim TAWAS adalah agenda penting untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menerusi pemberian RM100 dalam bentuk Sijil Simpanan Tetap (SST) kepada setiap anak kelahiran Selangor dengan diuruskan sebanyak 66 cawangan AmBank.

Bagaimanapun, TAWAS yang di bawah bidang kuasa Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) gagal menyerahkan dokumen urusan pengeluaran SST antara pihak YAWAS dan AmBank kepada audit.

"Tiada prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan tempoh SST perlu diserahkan kepada peserta dari tarikh pendaftaran dibuat atau diluluskan. Semakan audit juga mendapati maklumat penyerahan dan penerimaan SST sebenar kepada/oleh pihak penerima tidak direkodkan," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment