My Add

Wednesday 17 October 2012

BN miliki keupayaan untuk berkuasa

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
JAKARTA, SELASA, 16 Oktober, 2012: Barisan Nasional (BN) masih memiliki keupayaan untuk berkuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

BN sebagai parti yang berdaya kepimpinan tinggi bagaimanapun tegas Musa, harus memberi tumpuan komprehensif terhadap tiga aspek utama untuk memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap parti itu tidak goyah.

Aspek utama yang digariskan bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1981 hingga 1986 itu ialah memastikan sistem pentadbiran kerajaan sedia ada diatur dengan lebih kemas dan baik.

Sementara aspek kedua yang tidak boleh diketepikan oleh BN, tegas Musa, ialah sistem penyampaian kepada masyarakat berada di landasan yang tepat.

Aspek ketiga yang juga disifatkan beliau perlu diberi perhatian ialah mengubah mentaliti berpolitik sejajar dengan perkembangan landskap politik semasa.

“Tidak ada sebab kenapa BN tidak boleh kekalkan kuasa dengan syarat kesemua parti komponen harus berubah dan berkembang seiring dengan perubahan semasa.

“BN berada di kedudukan paling hadapan sebagai ketua, jadi BN harus bertindak sebagai ketua. BN harus mara setapak lebih ke hadapan. Mentaliti juga harus berubah, kalau boleh biarlah mentaliti tahun 2020. Lupakan mentaliti tahun 1970-an atau 1980-an," kata Musa kepada wartawan ketika ditemui di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment