My Add

Saturday 20 October 2012

Telekom Malaysia nafi ambil alih P1

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 201:: Telekom Malaysia Bhd (TM) menafikan satu laporan akhbar bahawa ia sedang mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan bagi membuat bidaan RM1.8 bilion mengambil alih anak syarikat jalur lebar wayarles Green Packet Bhd, Packet One Sdn Bhd (P1).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata ia masih belum mengumumkan minat untuk membida kepentingan tersebut atau mendapatkan sebarang kelulusan berbuat demikian, seperti dilaporkan di dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar harian perniagaan hari ini.

"Kami ingin menonjolkan bahawa artikel itu adalah mengelirukan kerana ia berasaskan spekulasi."

"Bagaimanapun, kami sentiasa mengkaji peluang yang akan mewujudkan nilai sebagai sebahagian daripada strategi kami dan sudah pasti akan membuat pengumuman perlu kepada pemegang kepentingan kami, di mana yang diperlukan," katanya.

Kenanga Research, di dalam satu nota hari ini, berkata ia terkejut dengan berita itu kerana TM sebelum ini membayangkan bahawa ia hanya berminat dengan talian tetap dan operasi berkaitan talian tetap.

Bagaimanapun, katanya tinjauan TM kekal jitu walaupun menghadapi peningkatan di dalam segmen jalur lebar di rumahnya.

"Ia terus menjadi pilihan utama kami di dalam sektor telekomunikasi berikutan pulangan dividennya yang kukuh, kehadiran yang jitu di dalam pasaran serat ke rumah dan kurang persaingan di dalam segmen borongan dan talian tetap," katanya.
MIDF Research berkata jika pengambilalihan itu mahu diteruskan, TM tidak akan berhadapan kesukaran membiayainya, jika dilihat pada rizab tunainya yang besar sebanyak RM3.7 bilion, sehingga suku kedua tahun ini.

"Pengambilalihan itu akan turut mempelbagaikan jangkauan TM kerana telah membincangkan dengan Celcom mengenai kemungkinan struktur pengendali rangkaian maya mudah alih, yang menyediakannya satu rangkaian mudah alih yang tersedia yang boleh diubah kepada Evolusi Jangka Panjang, apabila spektrum itu tersedia," katanya dalam satu nota.

MIDF Research mengekalkan saranan "beli" pada saham TM, dengan harga sasaran RM6.75 dan Kenanga Research dengan saranan saham "yang mengatasi prestasi dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM6.45. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment