My Add

Saturday 20 October 2012

Kerajaan Pas Kedah banyak ketirisan

ALOR SETAR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Slogan telus, amanah dan perbelanjaan berhemat kerajaan Pas Kedah hanya indah di bibir apabila Laporan Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dan salah laku pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, ibarat cacing kepanasan kerajaan negeri kini terpaksa berdepan kemarahan rakyat dan menjawab pendedahan audit berkenaan.

"Mereka bercakap berkenaan pentadbiran telus dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi sekarang kerajaan Pas sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat.

"Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco beliau perlu meminta maaf kepada rakyat kerana salah urus pentadbiran negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment