My Add

Thursday 18 October 2012

Thailand bakal anjur perlumbaan F1 mulai 2014

BANGKOK, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Kerajaan Thailand dikatakan secara prinsipnya sudah diberikan hak untuk menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) di Bangkok mulai 2014 dan kini perbincangan tertumpu kepada bayaran penganjurannya, lapor akhbar The Nation.

Yang Dipertua Perbadanan Sukan Thailand, Kanokphand Chulakasem dilaporkan berkata, "Formula Satu sudah menetapkan bahawa Thailand termasuk dalam kalendar perlumbaan musim 2014," dan ia akan diadakan pada bulan November.

Katanya, kerajaan Thailand akan menyuntik dana sebanyak 60 peratus daripada kos penganjurannya manakala selebihnya diperoleh daripada penaja termasuk Red Bull.

Beberapa lokasi di tengah bandar raya Bangkok sudah dikenal pasti untuk dijadikan sirkit antaranya kawasan pelabuhan Klong Toei atau pinggir bandar Muang Thong Thani dan perlumbaan diadakan pada waktu malam. - AGENSI

No comments:

Post a Comment