My Add

Thursday 18 October 2012

Agenda BN lebih baik berbanding pembangkang - Najib

TELUK INTAN, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .

Perdana Menteri berkata pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak 50 tahun.

"BN sebagai kerajaan, memahami bahawa dalam menunaikan tanggungjawab ini, perlu ada rasa "kemanusiaan" dan "tawadduk" untuk memahami aspirasi rakyat, merasai denyut nadi rakyat," katanya ketika berucap di hadapan hampir 10,000 masyarakat pelbagai lapisan pada program Sepagi Bersama Perdana Menteri di Arena Square di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun zaman telah berubah, namun prinsip BN sebagai kerajaan tetap sama.

"Zaman berubah. Dulu "stail" lain tetapi prinsip (BN) tetap sama, stail sahaja berubah. Kalau dulu bertongkat dan berpakaian bush jacket, sekarang berkemeja 1Malaysia, simple dan tidak mahal. Kerajaan perlu ada kesinambungan sebab kalau tidak ada, kerajaan tidak dapat membuat perancangan jangka masa panjang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment