My Add

Saturday 13 October 2012

Tuntut PKNS ambil alih hutang

*KAMARUDINAhmad (kanan) dan Rushdan Mohamed (tengah) menunjukkan writ saman dan manifesto pilihan raya kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - Utusan/Hafiz Johari
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
SHAH ALAM, JUMAAT. 12 Oktober, 2012: Penduduk Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Petaling Jaya mendakwa sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan itu telah dilelong pada tahun ini berikutan kegagalan para pembelinya membayar hutang rumah tersebut.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Siva Murugan, 42, berkata, penduduk juga pernah didatangi pihak luar yang mengatakan rumah mereka sudah dibeli dan mengarahkan pembeli keluar daripada kediaman mereka.

Katanya, keadaan itu mendorong seramai 100 penduduk pangsapuri mengambil keputusan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat PKNS Laman Seri, Seksyen 13 di sini bagi menuntut PKNS menyelamatkan rumah mereka daripada dilelong. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment