My Add

Wednesday 10 October 2012

UIA juara Debat Piala Perdana Menteri 2012

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Okober, 2012: Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinobat juara Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Melayu dan naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris.

UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kategori Bahasa Melayu manakala bagi kategori Bahasa Inggeris ditewaskan oleh UiTM. 

Kemenangan bagi tempat pertama melayakkan mereka menerima wang tunai RM25,000 manakala tempat kedua, RM15,000.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini. - BH

No comments:

Post a Comment