My Add

Sunday 28 October 2012

Umum calon awal perlu perbincangan - MCA

KULAIJAYA, SABTU,  27 Oktober, 2012: MCA berpendapat pengumuman nama calon parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih awal mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) yakin perkara itu akan diperhalusi melalui perbincangan sebelum keputusan muktamad dibuat dan MCA akan berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.

"Kalau kita umumkan nama lebih awal, calon lebih bersedia, memudahkan mengumpul orang, lebih rajin dan berpeluang memperkenalkan diri kepada pengundi.

"Sebaliknya, orang yang tidak sukakan dia (calon) akan keluar dan buat kecoh. Memberikan lebih banyak masa dan ruang untuk sabotaj," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor di Sekolah Tinggi Foon Yew (2) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment