My Add

Wednesday 3 October 2012

Universiti benteng sekat rasuah
*RAJA  Dr. Nazrin Shah menyampaikan titah di Majlis Istiadat
Konvokesyen Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. -
TUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Universiti perlu bertindak sebagai benteng kukuh bagi menyekat penularan budaya rasuah sekali gus bertanggungjawab menyemai etika murni dan nilai-nilai integriti tinggi dalam kalangan graduan yang dihasilkan.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, universiti wajib berada di barisan hadapan menjuarai usaha tersebut dan secara tegas menyekat diserap budaya yang mengizinkan berlakunya sebarang manipulasi kerana mahu memenuhi sasaran data berbentuk kuantitatif.

Baginda bertitah, kemajuan sesebuah negara tidak lengkap jika diukur dengan angka pencapaian ekonomi semata-mata dan tahap kemajuan teknologi tetapi perlu juga memberi keutamaan terhadap aspek moral, integriti dan ketelusan. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment