My Add

Tuesday 2 October 2012

Usaha proaktif galak lebih wanita kembali ke pasaran kerja-Najib

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Pelbagai usaha akan terus dilaksana untuk membolehkan lebih ramai golongan wanita kembali ke pasaran kerja di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun lebih 60 peratus penuntut universiti di negara ini adalah wanita, jumlah itu tidak dicerminkan dalam pasaran kerja dan itu merupakan satu kerugian kepada negara.

Perdana menteri berkata hanya 46 peratus tenaga kerja dalam pasaran pada masa kini adalah wanita kerana kebanyakan mereka memilih untuk memberi fokus kepada pengurusan rumah tangga.

"Rugi wanita kita belanja besar hantar belajar tinggi-tinggi di universiti tetapi lepas itu berhenti kerja," katanya pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 yang bertemakan "Wanita Pencetus Ekonomi Baru" di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment