My Add

Tuesday 2 October 2012

UTM hasil kereta elektrik untuk Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012

JOHOR BAHARU, SELASA, 02 Oktober, 2012: Sepasukan 30 kakitangan dan pelajar daripada empat fakulti berbeza Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan sebuah kereta elektrik yang mampu bergerak sejauh 122 kilometer dengan tempoh pengecasan penuh lapan jam.

Kereta dinamakan Mizz EV menggunakan chasis Proton Saga BLM disiapkan hanya dalam tempoh sembilan bulan dengan kos RM100,000 dan ia dihasilkan khas untuk cabaran Mobiliti Hijau Proton (PGMC 2012) iaitu perlumbaan kereta elektrik yang julung kali dianjurkan oleh Proton dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment