My Add

Wednesday 17 October 2012

Wan Junaidi terima kunjungan delegasi Suruhanjaya Tinggi British

*DR Wan Junaidi  bersama Nigel Boud ketika menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Politik Suruhanjaya Tinggi British itu di pejabatnya di Parlimen, hari ini. Turut kelihatan Penganalisa Politik Suruhanjaya Tinggi British, Adib Zalkapli (kanan). - Foto BERNAMA
*DR Wan Junaidi  bersalaman dengan Nigel Boud ketika menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Politik Suruhanjaya Tinggi British itu di pejabatnya di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA 
KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan delegasi Suruhanjaya Tinggi British di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Delegasi tiga anggota iaitu Penasihat Politik, Nigel Boud; Setiausaha Kedua Politik, Daniel Sherry dan Penganalisis Politik, Adib Zalkapli itu mengadakan pertemuan hampir satu jam dengan Wan Junaidi.

Wan Junaidi berkata, perbincangan mereka menyentuh kedudukan dan hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan British daripada segi politik, undang-undang dan interaksi di bidang lain.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu Boud turut menyampaikan hasrat untuk mewujudkan semula perhubungan di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen negara mereka dengan mengadakan satu pertemuan di negara ini.

"Mereka datang untuk berbincang mengenai pendekatan yang kita boleh buat di antara Malaysia dan England bagi merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia baik dan intim.

"Beliau mencadangkan supaya kita wujudkan semula perhubungan khususnya di antara Parlimen kita dan mereka untuk sama-sama berbincang dan bertukar idea," katanya selepas pertemuan itu.

Katanya, perhubungan seperti ini amat wajar sekali kerana Malaysia dapat mempelajari pengalaman dan perubahan transformasi yang berlaku di Parlimen di negara itu dalam usaha menjadi yang terbaik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment