My Add

Wednesday 17 October 2012

India pasaran utama PETRONAS

NEW DELHI, RABU, 17 Oktober, 2012:: India adalah pasaran utama bagi syarikat minyak nasional, PETRONAS, terutamanya untuk aktiviti dan produk hiliran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, terdapat permintaan yang banyak untuk produk seperti gas petroleum cecair (LPG) di India, dengan populasi 1.2 bilion.

"PETRONAS sekarang terlibat dalam pasaran petroleum kimia, produk bertapis dan LPG."

"Terdapat ruang yang luas untuk membangun," katanya ketika ditemui di Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Antarabangsa Petro-Tech ke-10 2012.

Pengurus besar PETRONAS, Penyelidikan Strategik, Bahagian Perancangan Strategik Korporat, Abd Rahim Mahmood berkata, terdapat juga pasaran yang luas di India bagi produk seperti plastik kejuruteraan thermal.

Mengulas pelanggan di India, beliau berkata, The Hindustan Petroleum Corporation Ltd dan Indian Oil Corporation Ltd adalah pelanggan terbesar PETRONAS bagi produk yang ditawarkannya sekarang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment