My Add

Monday 15 October 2012

Wanita cedera ditimpa siling runtuh di LTAPP

GEORGETOWN, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera hari ini.

Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Arif Jaafar berkata, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.

"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment